Friday, 6 July 2012
Hidayah Allah :-)
Assalamualaikum semua :-) hehe. Sihak dok? hehe. Dah lama tak hupdate belog. Lol ~ haha Blog yang lama haritu saya dah delete. Entah mengapa. Saya rasa entri yang saya hupdate tempoh hari entah hape-hape. Tapi kali ni saya hupdate satu entri yang benar-benar buat pengajaran untuk semua :-)
Kisah dahulu....
Tahun lepas saya banyak ponteng sekolah. Mak bagi harapan dengan sepenuh jiwa dan raga supaya anak pergi ke sekolah menuntut ilmu tetapi saya punahkan harapanya. Bila saya buat jahat saya rasa saya seronok sangat terasa dunia ni tak ada apa-apa yang akan berlaku, terasa dunia ni saya yang punya, terasa saya tak ada dosa.. terasa saya tak hina disisi-Nya. Sehinggalah tibanya bulan Ramadhan. Hari yang sangat mulia, hari yang orang berebut-rebut berbuat kebaikkan. Tapi saya tak ada rasa nak buat baik pun. Ye saya akui. Walaupun saya berperasaan seperti itu saya tetap pergi solat sunat Terawih, bertadarus. Tapi saya masih merasakan saya berbuat demikian seolah-olah tiada apa-apa perubahan dalam diri. Saya berbuat demikian bukanlah kerana-Nya, tetapi kerana paksaan. Paksaan dari ibubapa. Hanya sekadar nak buat baik sahaja. Sehinggalah saya sanggup ponteng puasa di sebuah kedai makan 'mamak' disaat itu juga saya ponteng sekolah.
Saya bersama rakan-rakan yang lain. Disaat ingin memasuk kedai makan tersebut saya terkelu..terkelu melihat orang bukan islam melihat kami. Pada masa mulanya saya malu. Tetapi dengan ajakkan nafsu tak boleh nak kawal saya mengalah dan tanpa rasa segan dan silu saya bersama rakan-rakan yang lain masuk dengan muka yang tak malu, muka tak bersalah, perasaan batu, dan muka tembok..setiap orang yang memandang kami dengan hairan dan pelik. Ye saya tahu pasti mereka pelik melihat orang islam makan pada bulan Puasa. Tapi kami tak peduli dan tak endah apa kata hati mereka.
Sehinggala habis saya di Tingkatan 4..saya ditimpa masalah keluarga yang sangat besar. Ia benar-benar membuatkan saya sedih yang teramat. Pada mulanya saya ada perubahan sedikit tapi hanya sementara waktu saja. Bila naik di Tingkatan 5 saya kurang ponteng. Di saat itulah saya mula berubah sedikit demi sedikit seperti bayi yang belajar merengkak. Tetapi sifat malas itu masih ada. Malas menunaikan kewajipan, malas dari segi akademik. Sampai lah saya dan rakan-rakan terpilih oleh guru Kaunselor untuk program W.I.L.LS. yang dianjurkan oleh Pengetua. Pada saatnya kami sendiri tidak tahu mengapa kami dipilih dan apa tujuan program ni. Bila melihat rakan-rakan yang lain ada terdetik hati mungkin ini untuk pelajar-pelajar yang gagal dalam ujian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment